Wednesday, November 19, 2008

luhan hati (kesekuruhan perasaan sepanjang menjalankan kajian)

saya berasa sangat gembira akhirnya dapat menyiapkan kerja lapangan di shah alam. namun begitu terdapat banyak kekangan yang terpaksa saya dan ahli kumpulan pejal dan rifan sepanjang kami menyiapkan projek ini. jika dilihat dalam seluruh blok kumpulan kami tidak terdapat gambaran yang penuh tentang shah alam kerana kami terlalu leka mencari responden sehingga terlupa untuk menganbil gambar-gambar yang berkaitan dengan aspek-aspek penting keefisyenan bandar di Shah Alam. namun begitu kami berjaya mendapatkan jawapan beberapa isu penting berkaitan kawasan tersebut. hal ini dilakukan pada bulan ramadhan lalu sebagai persiapan kepada kami untuk menjelaskan kekeliruan responden yang tidak berpuas hati dengan keadaan di Shah alam. namun tiada kekeliruan yang disoal kepada kami tetapi responden bertindak lebih aktif dengan memberi maklum balas kepada aspek-aspek yang mereka tidak puas hati. sebagai contoh kawasan tempat letak kerata yang sangat teruk si kawasan pusat bandar
kekangan kedu kumpulan kami terpaksa berhadapan ialah karenah responden. walaupun memenatkan melihat karenah mereka tetapi apabila diceritakan semula pada masa depan perkara-perkara sedemikian sangat mencuit hati. kebanyakan responden tidak suka kami menyoal soalan kepada mereka dan lebih senang menjawap sendiri kertas soalan, tetapi ada juga yang tidak memahami soalan dengan memberikan jawapan yang salah. walaupun kami berasa agak kecewa kerana mereka tidak mahu merujuk kepada kami wakaupun kami berada bersebelahan mereka. terda[at juga responden yang mengambil masa sehingga satu jam untuk menjawab soalan di samping memberi pemdapat tentang perkara yang tidak mereka puas hati. hal ini bukan sahaj berlaku pada diri saya tetapi kepada rifan dan juga pejal. hal ini menyebabkan kami kesuntukkan masa untuk mencari responden yang lain
sekarang, kam bertiga boleh menarik nafas lega kerana berjaya menyiapkan kerja lapangan ini sehabis baik. ucapan syukur kami junjungkan buat yang Maha Mulia kerana memberkati perjalanan projek ini. malahan, kenangan dan pengalaman yang ada membuatkan saya dan ahli lain matang untuki melakukan kertas projek pada tahun akhir pengajian kami.

pendapat responden(bahagian pengakhiran borang soal selidik)

ranking PBT dalam kawaan lembah klang

Daripada data yang telah diperoleh dan dianalisis, kami mendaapti bahawa rata-rata responden memilih pihak berkuasa tempatan Putrajaya dan Cyberjaya adalah pada kedudukan yang paling atas. Hal ini adalah kerana, kawasan Putrajaya dan Cyberjaya dilihat sebagai bandar yang paling efisien dan berada pada tahap yang paling memuaskan. Kedudukan ini disusuli dengan pihak berkuasa tempatan di Shah Alam yang dilihat masih boleh dibanggakan dan efisien. Seterusnya, pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya,dan Sepang. Bandar-bandar ini juga berada pada tahap yang agak memuaskan dan menunjukkan kecekapan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan tugas. Kemudian, ia disusuli dengan pihak berkuasa tempatan Ampang Jaya, Klanh, Kajang, Selayang, Banting, Kuala Kubu Baru dan akhir sekali Kuala Selangor. Kuala Selangor dilihat paling tidak efisien berdasarkan kepada kemudahan yang masih tidak lengkap, persekitaran yang tidak sempurna dan masalh-masalah lain yang dilihat masih banyak untuk diperbaiki. Oleh itu, ini memperlihatkan pihak berkuasa tempatan Kuala Selangor harus menjalankan tugas dengan lebih cekap untuk mengatasi masalah yang melanda penduduk di kawasan tersebut. Kedudukan Kuala Selangor yang agak terpencil di kawasan Lembah Klang juga menyebabkan tidak banyak pembangunan yang dapat dijalankan.


keefisyenan bandar

Daripada kajian yang telah dijalankan ke atas responden kami di kawasan kajian, iaitu Shah Alam, kami mendapati bahawa persepsi mereka terhadap tahap keefisienan bandar Kuala Lumpur adalah baik dan perlu dipertingkatkan lagi. Masalah-masalah yang dilihat terdapat di sana adalah seperti kesesakan jalan raya, peningkatan pendatang asing dan pembangunan yang terlalu padat. Kebanyakan responden melihat Kuala Lumpur sebagai bandar yang sangat membangun dari segi infrastruktur dan pembangunan. Oleh itu, tahap keefisienan bandar Kuala Lumpur adalah sangat memuaskan kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana adalah mencukupi mengikut keperluan yang diperlukan oleh penduduk setempat. Selain itu, Kuala Lumpur dilihat sebagai pusat kemajuan Malaysia sebagai ibu negara Malaysia dalam menarik minat pelancong untuk melawat Malaysia di samping para pelabur untuk melabur di Malaysia. Namun, masalah-masalah yang masih terdapat di Kuala Lumpur haruslah ditangani agar dapat melambangkan sebuah bandar yang begitu maju dan membangun. Pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur harus mengambil perhatian terhadap masalah kesesakan jalan raya yang melanda Kuala Lumpur di samping masalah lain seperti kemasukan pendatang asing yang banyak ke kawasan tersebut. Hal ini adalah kerana, Kuala Lumpur sering dilihat menghadapi masalah kemasukan pendatang asing yang banyak sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya pada waktu hujung minggu. Ini sekali gus mendatangkan masalah kepada warga tempatan khususnya yang ingin membawa keluarga bersiar-siar ke tempat tersebut kerana kawasan tersebut telah dihujani dengan ramai pendatang asing seperti negara mereka sendiri.


Pengalaman

Daripada keseluruhan kajian yang telah dikenal pasti, kami mendapati bahawa kebanyakan penduduk di kawasan kajian iaitu Shah Alam mengalami masalah banjir, kesesakan jalan raya, pecah rumah, jenayah ragut dan masalah pengangkutan awam yang tidak cekap. Masalah banjir merupakan fenomena biasa yang sering melanda penduduk di kawasan Shah Alam dan negeri Selangor. Hal ini adalah kerana, rata-rata responden memberitahu bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menyebabkan masalah ini berlaku. Malah, sikap penduduk itu sendiri yang suka membuang sampah ke dalam longkang menyebabkan longkang tersumbat seterusnya menjadikan laluan air yang tidak sempurna dan mengakibatkan masalah banjir apabila hujan turun dengan lebat. Selain itu, Shah Alam juga mengalami masalah yang teruk dari segi kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu-waktu kemuncak dan musim perayaan. Hal ini memberikan tekanan kepada penduduk kerana masalah ini masih berlarutan dan merupakan masalah utama di kawasan Shah Alam. Ini sekali gus menunjukkan ketidakefisienan kawasan Shah Alam itu sendiri. Manakala bagi masalah sosial seperti masalah pecah rumah dan kes ragut merupakan salah satu masalah yang sering terjadi di kawasan maju seperti Shah Alam yang padat dengan penduduk. Penduduk di kawasan Shah Alam juga menghadapi masalah pengangkutan awam yang tidak cekap apabila mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bas dan teksi. Malah pemandu teksi juga tidak menggunakan meter dalam setiap perjalanan yang dilakukan.


Aspek bandar efisien

Daripada keseluruhan kajian yang telah dianalisis, kami mendapati bahawa persepsi penduduk Shah Alam terhadap aspek bandar yang paling efisien ialah apabila kawasan mereka dilengkapi dengan banyak kemudahan asas yang sempurna. Kemudahan asas merupakan perkara penting dalam menentukan keefisienan sesuatu bandar. Kemudahan asas yang lengkap merupakan satu keperluan kepada semua manusia. Oleh itu, rata-rata responden memberikan aspek bandar yang paling efisien ialah kemudahan asas yang lengkap dari segi medan selera, taman rekreasi, pusat hiburan, kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan kemudahan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Malah, penduduk juga turut menekankan aspek alam sekitar sebagai salah satu aspek bandar yang efisien. Hal ini adalah kerana, kemusnahan alam sekitar boleh memberikan kesan negatif kepada sesuatu bandar dan kepada manusia sebagai penduduk di muka bumi ini. Malah, pembangunan yang pesat di kawasan Shah Alam menunjukkan bahawa alam sekitar semakin dieksploitasi demi kemajuan bandar tersebut.

Aspek tidak efisien

Daripada hasil analisis yang telah kami lakukan bagi aspek bandar yang tidak efisien, rata-rata responden di kawasan kajian iaitu Shah Alam memberi persepsi bahawa aspek bandar yang tidak efisien adalah seperti kemudahan asas yang tidak lengkap, aspek persekitaran yang kurang memuaskan seperti persekitaran yang kotor dengan sampah sarap yang memberikan pemandangan yang tidak enak untuk dilihat. Selain itu, masalah kemasukan pendatang asing ke kawasan Shah Alam yang memberikan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk setempat. Hal ini sekali gus telah menyebabkan masalah gejala sosial berlaku di kawasan tersebut seperti masalah ragut, pecah rumah dan kecurian yang berlaku sehingga penduduk berasa kurang selamat di kawasan sendiri. Responden juga memberi persepsi bahawa masalah yang melibatkan jalan raya juga adalah antara aspek bandar yang paling tidak efisien. Hal ini adalah kerana, penduduk merasakan bahawa masalah seperti kesesakan jalan raya, jalan berlubang dan jalan tidak rata adalah masalah utama yang sering terjadi di kawasan-kawasan maju yang padat dengan penduduk. Ini menjadikan masalah yang berhubung dengan jalan raya adalah yang paling tidak efisien bagi sesebuah bandar yang maju seperti kawasan Shah Alam.


Keseluruhan
Daripada data yang telah dianalisis berhubung dengan tahap keefisienan bandar di kawasan kajian, iaitu Shah Alam, kami mendapati bahawa kawasan Shah Alam masih lagi pada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Rata-rata responden berpendapat bahawa pihak berwajib iaitu pihak berkuasa tempatan perlu mengambil langkah yang efektif agar masalah yang berlaku di kawasan mereka dapat diselesaikan dengan segera. Responden menyatakan bahawa sistem pengurusan yang cekap mampu untuk menjadikan sesebuah bandar itu menjadi efisien. Malah, responden turut bersetuju sekiranya keefisienan bandar itu meliputi kemudahan asas yang mencukupi mengikut keperluan penduduk, jaringan pengangkutan yang cekap dan pengurangan masalah gejala sosial di kawasan mereka. Sekiranya Shah Alam ingin mencapai tahap keefisienan bandar yang tinggi, kawasan Shah Alam itu sendiri harus berubah menjadi lebih bagus dan masalah kekurangan yang terdapat di bandar tersebut dapat diatasi.

perkhidmatan online

secara keseluruhan pada bahagian terakhir borang soal selidik mendapati bahawa sebilangan responden tidak pasti tentang adanya pembangunan perkhidmatan kaunter yang telah ditanbah nilai secar online. namun bgitu masih terdapat responden yang menyedari tentang perkhidmatan tersebut yang mana rata-rata dari pada mereka adalah yang bekerja dalam sektor awam. situasi ini berlaku sedemikian kerana menurut pendapat responden, perkhidmatan secara online tidak diiklankan kepada penduduk di sana secara besar-besaran.

bencana alam di Shah Alam


Dalam kawalan bencana alam di bandaraya tersebut pula didapati bahawa hasil analisis mendapati bahawa bahagian ini juga menunjukkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan serta kurang cekap dalam beberapa perkara. Hal ini terbukti daripada hasil analisis yang berdasarkan kepada bencana banjir yang pernah berlaku dalam kawasan Shah Alam. Hasil analisis mendapati bahawa kesemua komponen dalam bahagian bencana alam menunjukkan tahap yang kurang efisyen. Justeru berdasarkan keputusan penyelidikan tersebut mendapati bahawa unsur-unsur yang menyebabkan bencana alam adalah disebabkan kekurangan kawalan terhadap kawasan dan taman hijau, kualiti air sungai yang dipenuhi oleh sampah sarap dan pengurusan sampah sarap dan sisa kediaman yang kurang cekap menyebabkan berlakunya bencana tersebut. Selain daripada itu kempen alam sekitar dan program kitar semula turut berada pada tahap yang kurang cekap menyebabkan kemungkinan factor bencana tejadi. Malahan berdasarkan hasil analisis, penyelidikan ini sekaligus menyedari bahawa kawalan penyahutan yang kurang cekap juga impak kepada keadaan bencana tersebut. Justeru berdasarkan pendapat personal daripada responden, kajian ini turut mengenalpasti bahawa harapan penduduk di Shah Alam bukan sahaja melibatkan pentadbir, malahan turut berharap agar komponen-komponen dalam pelbagai sector dititikberatkan supaya tidak memberi impak pada masa yang akan datang. Kawalan banjir sebenarnya telah cba diatasi oleh pihak majlis menurut pegawai perancang bandar yang ditemui, En.Nizam. beliau penah menjelaskan bahawa banjir berlaku adalah disebabkan air sungai daripada Sungai gombak dan sungai-sungai berhampiran dengan sungai dalam kawasan Shah Alam. Tindakan yang diambil ialah dengan melebarkan sungai dengan kerjasama jabatan yang berkaitan dengan pengawalan sungai. Namun disebabkan dua campur tangan dalam menyelsaikan masalah keadaan ini menjadikan masalah labat untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, kawalan terhadap taman hijau masih berada pada tahap yang menujukkan masih terdapat usaha untuk mengawal bencana alam si Shah Alam.



governan Shah Alam

Pada tahap govermen secara keseluruhan hasil analisis mendapati terdapat kekurangan dan ketidakcekapan pelaksanaan kerajaan yang melibatkan beberapa perkara namun masih berada pada tahap yang baik. Pada tahap ketidakefisyenan Bandar terdapat beberapa perkara yang seperti program agenda 21, majlis tindakan pelancongan, pembangunan kawasan terbiar dan pusat sehenti pelaburan. Program agenda 21 misalnya adalah tentang alam sekitar dijelaskan oleh responden bahawa kurang terdapat pelaksanaan terhadap program berkaitan alam sekitar. Selain daripada itu juga terdapat beberapa responden yang tidak mengetahui tentang maksud agenda 21 sekaligus tidak sedar tentang kewujudan program tersebut. Namun begitu, keadaan ini tidak boleh diperalahkan pada kerajaan semata-mata kerana kebanyakkan responden tidak mengambil peduli tentang hal-hal yang berkaitan pentadbiran dalam erti kata menerima semua perkara yang dilakukan oleh pihak tersebut. Pada tahap kurang efisyen daripada hasil analisis keseluruhan mendapati bahawa tindakan susulan aduan pihak berkuasa tempatan yang paling memberikan maklum balas yang banyak oleh responden. Hal ini demikian kerana, pengalaman penduduk daripada bencana banjir yang pernah melanda bandaraya kurang cekap dalam pelaksanaan penyelesaian masalah oleh pihak berkuasa. Keadaan lebih memburukkan lagi kuasa pihak berkuasa tempatan kerana pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dalam masa yng singkat. Seterusnya penglibatan awam turut mendapat hasil kurang efisyen kerana respondenkurang melihat badan-badan kerajaan yang melakukan aktiviti awam. Setrusnya pendapat terhadap kekurangan kecekapan kerajaan mendapat reaksi yang dominan kepada pengurusan sampah dan sisa kediaman. Hal ini ditujukan kepada pihak majlis kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kutipan sampah ini. Selain daripada itu terdapat komponen-komponen lain dalam perkhidmatan kerajaan yang diharapkan oleh penduduknya agar dipertingkatkan perncapaian kualiti perkhidmatan. Hal ini kerana keseluruhan perkhidmatan daripada kerajaan adalah pada tahap yang boleh menggugat kredibiliti pentadbiran di bandaraya tersebut.




kawalam dam keselamatan

Seterusnya pada bahagian kawalan dan keselamatan responden menunjukkan maklum yang positif terhadap balai polis dan pos polis. Namun begitu analisis keseluruhan mendapati bahawa terdapat kekurangan kecekapan dari segi pelaksanaan. Hal ini dibuktikan daripada hasil analisis yang menunjukkan kawalan maksiat, kawalan denggi dan kawalan terhadap keselamatan di kawasan perumahan adalahkurang efisyen. Hal ini kerana sudah banyak kejadian jenayah yang berlaku di kawasan sekitaran perumahan dengan mengambil contoh suri rumah di seksyen 3 mati dipercayai dibunuh. Selain daripada itu, pengalaman responden sendiri menberitahu bahawa terdapat rondaan dalam kawasan bandaraya tersebut tetapi hanya berlaku jika terdapat kes-kes yang luar biasa. Secara keseluruhanya kawalan dan keselamatan perlu dipertingkatkan lagi dalam kawasan-kawasan tertentu dengan tidak bias terhadap kawasan yang lebih mewah. Berdasarkan Encik nizam, keselamatan sekitar perumahan masih berada dalam bidang kuasa majlis tetapi pada masalah-masalah tertentu seperti kawalan terhadap anjing liar dan aduan ketenteraman. Namun begitu menurut beliau lagi terdapat masalah anjing liar yang tidak dapat ditangani kerana kekurangan tenaga kerja dalam jabatan tersebut. Secara keseluruhan didapati kekurangan kecekapan perumahan di bandaraya tersebut turut menyebabkan responden memberi harapan yang tinggi kepada pihak majlis untuk mempertingkatkan kualiti perskitaran perumahan.



perumahan bandar

Perumahan di kawasan Shah Alam dari segi perumahan kos sederhana, rendah, dan mewah serta tempat meletak kenderaan berada pada tahap yang kurang efisyen hasil daripada purata pendapat responden. Malahan secara keseluruhan mendapati bahawa hampir kesemua komponen dalam perumahan adalah kurang efisyen. Perkara ini termasuklah kemudahan masyarakat di kawasan perumahan kualiti alam sekitar dan kepadatan perumahan serta system kawalan keselamatan perumahan. Perumahan yang dibina disekitar kawasan Shah Alam turut berdasarkan polisi sedia ada. Selain daripada itu, masih terdapat responden yang mengakui tahap efisyen bandaraya tersebut dari segi penawaran mengikut jenis rumah. Hal ini demikian kerana, terdapat kawasan rumah mewah, sederhana dan rendah dalam seluruh bandaraya. Keadaan ini dapat dilihat di sekitar seksyen 2 yang ditawarkan dengan perumahan jenis mewah dan kebanyakkan diduduki oleh golongan professional serta pesara. Selain daripada penawaran perumahan jenis sederhana dapat dilihat pada sekitar seksyen 7 yang mana hampir keseluruhan kawasan tersebut diduduki oleh pelajai-pelajar pengajian tinggi seperti UITM. Walau bagaimanapun penawaran perumahan disetujui oleh responden yang mengatakan aspek tersebut berada pada tahap yang baik. Pada bahagian ini responden tidak mengatakan samada perumahan di sana perlu dipertingkatkan antara komponen-komponen tertentu kerana mereka lebih mementingkan keselesaan.